KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada aktivis reformasi, Tan Chee Hooi yang diuji masalah kesihatan, selain baru kehilangan anak sulung.
Anwar berkata, sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi yang mewakili beliau menziarahi Chee Hooi, atau lebih dikenali sebagai Tan Rambut Panjang dalam kalangan rakan aktivis, baru-baru ini.
Anwar berharap sumbangan yang disampaikan dapat meringankan beban kos perubatan dan kehidupan seharian Chee Hooi (kanan) serta keluarga. Foto FB Anwar Ibrahim