Switzerland mahu hantar England pulang

Iklan
Yakin (tengah) ketika sesi latihan Switzerland di Stuttgart, Jerman. Foto EPA

SELEPAS menafikan rekod sempurna tuan rumah Jerman dan menyingkirkan juara bertahan Itali, Switzerland berada dalam momentum terbaik untuk menewaskan England pada Euro 2024.

Pengendali Switzerland, Murat Yakin berkata, England memiliki ramai pemain bintang yang mampu membuat perubahan dalam perlawanan, tetapi mereka harus bersedia untuk pertempuran mencabar dengan Switzerland yang memiliki semangat juang tinggi.

Iklan
Iklan

"Aksi kami menentang Jerman sangat bagus, kami bermain menentang Itali, juga pasukan besar dan mengapa kami tidak boleh menewaskan England?

"Kami berada dalam mood yang baik sekarang. Ia satu cabaran yang bagus dan pasukan saya sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan besar ini menentang England," katanya.

Iklan

Yakin pernah berada dalam situasi pengurus England, Gareth Southgate tahun lalu apabila dia dikritik kerana taktikal dan prestasi buruknya semasa kempen kelayakan.

Nasibnya telah berubah pada Euro 2024 apabila Yakin dipuji susulan perubahan taktikal pemilihan pasukan selain gabungan pertahanan dan serangan yang berkesan.

Iklan

"Sudah tentu, apabila anda mempunyai pemain yang bagus dan menyingkirkan beberapa pemain sehingga tidak mendapat keputusan baik akan menjadi masalah besar.

"Saya pernah merasainya tahun lepas, tetapi apa yang penting hanya fokus pada permainan bola sepak, bukan apa yang kita baca di akhbar. Itu sahaja yang boleh kita lakukan sebagai jurulatih," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!