Tak adil kritik persembahan Perancis

Iklan
Mbappe masih cuba menyesuaikan diri dengan topeng yang perlu dipakainya selepas mengalami kecederaan patah hidung. Foto AFP

PENOLONG jurulatih Perancis, Guy Stephan berkata, tidak adil untuk mengkritik prestasi pasukan di Euro 2024 kerana mereka tidak pernah berjanji untuk memenangi kejohanan itu.

Stephan yang juga bekas jurulatih Senegal berkata, peminat dan pihak yang percaya Perancis akan mudah memenangi setiap perlawanan sebagai tidak munasabah.

Iklan
Iklan

"Kami tidak pernah mengatakan bahawa kami akan memenangi setiap perlawanan. Saya masih ingat reaksi saya selepas undian. Saya berkata 'berhati-hati'," katanya.

Bagaimanapun, dia mengakui bahawa Perancis yang juga pasukan pilihan kejohanan itu tidak berada pada prestasi terbaik.

Iklan

"Memang benar secara keseluruhannya, kami boleh melakukan lebih baik. Kami mesti memperbaiki persembahan kami.

"Tetapi, ada juga perkara yang baik. Kami mempunyai lebih banyak penguasaan bola dan peluang daripada lawan," katanya.

Iklan

Dia juga menyifatkan kritikan terhadap dua penggempur utama pasukan itu, Kylian Mbappe dan Antoine Griezmann selepas aksi kurang memuaskan sebagai tidak adil.

"Mbappe mengalamai kecederaan hidung patah. Ia tidak menjejaskan segala-galanya, tetapi dia berdepan trauma. Dia sukar menyesuaikan diri dengan topeng dipakai.

"Dia juga mengalami penghujung musim yang agak memenatkan. Tetapi Kylian kekal sebagai pemain terbaik.

"Griezmann pula, kita bercakap tentang pemain yang mempunyai 133 caps dan telah menjaringkan 44 gol, itu telah membuktikan kemampuannya," katanya.

Perancis akan berdepan Portugal dalam aksi suku akhir Euro 2024 pada Sabtu di Volksparkstadion Hamburg, Jerman.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!