Kane tiada fungsi di jentera serangan England

Iklan
Harry Kane Foto AFP

PEMERHATI bola sepak, Didi Hamann menyifatkan kapten England, Harry Kane seperti tidak berfungsi untuk England pada Euro 2024 dan prestasinya perlu menjadi kebimbangan kelab diwakili pemain itu, Bayern Munich.

Walaupun Kane berjaya menjaringkan gol dalam keputusan seri 1-1 dengan Denmark, pemain itu bergelut untuk mempamerkan persembahan terbaik dan ada pihak mencadangkan dia harus digugurkan untuk memberikan peluang kepada Ollie Watkins yang lebih layak mengisi posisi itu.

Iklan
Iklan

Kane menikmati musim pertama yang mengagumkan tetapi tanpa trofi bersama kelab Jerman itu apabila menjaringkan 44 gol dalam 45 perlawanan untuk Bayern.

"Saya berkata seminggu yang lalu bahawa jika saya bekerja untuk Bayern Munich dan menonton persembahan Kane untuk England, saya akan risau.

Iklan

"Anda boleh melihat bahawa England kelihatan lebih berbahaya apabila Ollie Watkins masuk kerana dia mempunyai beberapa peluang dalam masa lima minit kerana dia membuat larian.

"Kane tidak membuat larian. Saya pasti dia akan lebih bahaya jika dapat membuat larian yang sama seperti Watkins, tetapi dia tidak boleh melakukannya. Dia agak statik," katanya.

Iklan

England akan menentang Switzerland dalam aksi suku akhir Euro 2024 pada Ahad.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!