Pemandu lori mengaku salah amang seksual bayi

Iklan
Foto hiasan

KOTA BHARU - Seorang pemandu lori mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap seorang bayi berusia 23 bulan pada 26 Jun lalu.

Tertuduh, Mohd Zulazhar Ibrahim, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Zulkifli Abllah.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan ke atas bayi yang diasuh isterinya, kira-kira jam 9 malam di sebuah rumah di Perumahan Desa Darulnaim Pasir Tumbuh.

Tertuduh boleh dihukum di bawah seksyen 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak- kanak 2017.

Iklan

Hakim kemudian menetapkan 18 Julai sebagai tarikh untuk fakta kes dan hukuman.

Tiada jaminan diberikan kepada tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Iklan

Pendakwaan dilakukan oleh Idabayu Siti Idabayu Subhan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!