Peluru hidup ditemukan dalam bagasi pramugari Korean Air

Iklan
Polis Korea Selatan melakukan siasatan selepas peluru hidup ditemukan di dalam bagasi tangan seorang pramugari Korean Air semasa pemeriksaan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.Foto Korean Air

INCHEON - Polis Korea Selatan melakukan siasatan selepas peluru hidup ditemukan di dalam bagasi tangan seorang pramugari Korean Air semasa pemeriksaan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.

Menurut polis lapangan terbang itu pada Khamis, sebutir peluru hidup kaliber 7.62 milimeter ditemukan dalam beg tangan milik pramugari itu ketika beliau mahu berlepas menaiki penerbangan Korean Air menuju Bangkok pada 7.30 pagi Selasa, lapor agensi berita Yonha.

Iklan
Iklan

Polis telah mengambil peluru itu dan membenarkan pramugari itu meneruskan perjalanan mengikut jadual.

Mereka merancang memanggilnya untuk soal siasat sebaik sahaja beliau kembali dari tugasan itu.

Iklan

Pada Mac lepas, dua butir peluru hidup ditemukan di bawah tempat duduk penumpang dalam pesawat Korean Air yang hendak berlepas menuju Manila, Filipina, menyebabkan lebih 200 penumpang dipindahkan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan