Beri alasan tak sempat tukar tayar botak kerana kejar trip

Iklan
Pegawai JPJ memeriksa antara bas yang ditahan dalam operasi khas bersepadu kenderaan pelancongan dan perkhidmatan awam yang dijalankan sejak 1 Julai lalu sehingga Rabu.

SHAH ALAM - Memandu di luar waktu dibenarkan selain kenderaan mengalami kerosakan yang bahaya antara kesalahan ketara dikesan melibatkan bas ekspres dan persiaran menerusi operasi khas bersepadu kenderaan pelancongan dan perkhidmatan awam yang dijalankan sejak 2 Julai lalu sehingga Rabu.

Lebih membimbangkan ada di antara bas ditahan didapati tayar botak dan pemandu memberikan alasan tidak sempat untuk menukarnya semata-mata untuk mengejar trip perjalanan.

Iklan
Iklan

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, sebanyak 278 kenderaan pelancongan dan perkhidmatan awam diperiksa sepanjang operasi ini dijalankan.

Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memeriksa antara bas yang ditahan dalam operasi khas bersepadu kenderaan pelancongan dan perkhidmatan awam yang dijalankan sejak 1 Julai lalu sehingga Rabu.

"Pemeriksaan menerusi operasi khas bersepadu ini melibatkan 196 bas ekspres dan 83 bas persiaran.

Iklan

"Sebanyak 102 saman dikeluarkan dan antara saman tertinggi melibatkan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan serta Notis Arah Periksa Kenderaan," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Katanya, operasi dijalankan antaranya melibatkan lokasi di Terminal Seksyen 17, Shah Alam, Terminal Jalan Reko, Bangi dan Kilometer 7 Jalan Batang Kali-Genting.

Iklan

"Operasi ini berjaya mengesan bas ekspres dan persiaran yang didapati dibawa di luar waktu dibenarkan selain pemeriksaan mendapati terdapat pengubahsuaian ketara selain beberapa komponen bas seperti tayar didapati haus.

"Kesalahan sebegini bukan sahaja berisiko terhadap pemandu dan penumpang malah pengguna jalan raya yang lain," katanya.

Menurutnya, pengusaha bas ekspres dan persiaran perlu mainkan peranan memastikan bas sentiasa dalam keadaan selamat dan mematuhi peraturan sebelum menuju mana-mana destinasi.

"Selain pemilihan pemandu yang tepat, pengusaha bas perlu memantau pergerakan bas melalui GPS dan masa sama pastikan rekod bas dan pemandu itu sendiri dalam keadaan baik.

"Latihan dari segi kemahiran perlu sentiasa diterapkan kepada pemandu untuk memastikan peraturan dan aspek keselamatan bas sentiasa dipatuhi," katanya.

Operasi Khas Bersepadu ini melibatkan bas ekspres dan persiaran serta kenderaan pelancongan dan perkhidmatan dijalankan sejak 2 Julai lalu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan JPJ mengadakan operasi bersepadu besar-besaran terhadap bas persiaran di seluruh negara bermula 2 Julai.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah tersebut bagi mengesan sebarang salah laku dan ketidakpatuhan undang-undang yang dilakukan operator bas persiaran.

Sabtu lalu, dilaporkan dua penumpang maut selepas bas persiaran membawa pelancong warga China terbalik di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands, Bentong, Pahang.

Siasatan lanjut mendapati pemandu bas berusia 32 tahun itu tidak mempunyai lesen memandu selain mempunyai 27 saman trafik lampau membabitkan pelbagai kesalahan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!