LKAN: Majlis Profesor Negara, i2M Ventures tidak capai objektif penubuhan

Iklan
Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 mendedahkan dua syarikat kerajaan Persekutuan tidak mencapai objektif penubuhan yang ditetapkan.

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Khamis mendedahkan dua syarikat kerajaan Persekutuan termasuk Majlis Profesor Negara (MPN) tidak mencapai objektif penubuhan yang ditetapkan.

Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata, sebuah lagi syarikat yang tidak mencapai objektif sama ialah i2M Ventures Sdn Bhd (i2M Ventures).

Iklan
Iklan

Katanya, keseluruhannya sebanyak lapan syarikat kerajaan telah diaudit dari segi pencapaian objektif penubuhan, tadbir urus korporat dan kedudukan kewangan.

"Sebanyak empat syarikat lain pula dikategorikan sebagai belum mencapai objektif penubuhan sepenuhnya iaitu Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn Bhd, Mara Incorporated Sdn Bhd, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Pembangunan Sumber Manusia Bhd.

Iklan

"Hanya dua syarikat sahaja yang mencapai objektif penubuhan iaitu Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd dan Institute of Strategic and International Studies (ISIS),” katanya dalam satu kenyataan.

Wan Suraya berkata, amalan tadbir urus korporat MPN juga didapati tidak memuaskan.

Iklan

Menurutnya, turut berada di kategori sama ialah Pembangunan Sumber Manusia Bhd manakala Mara Incorporated Sdn Bhd berada pada kategori kurang memuaskan.

"Empat lagi syarikat dilaporkan merekodkan amalan tadbir urus korporat yang memuaskan iaitu i2M Ventures, Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd, Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn Bhd dan UIAM,” ujarnya.

Dari segi kedudukan kewangan, tidak dinyatakan kedudukan kewangan bagi MPN sementara i2M Ventures, Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd, Mara Incorporated Sdn Bhd dan UIAM mencatatkan prestasi kurang stabil.

Sehubungan itu, Wan Suraya menegaskan, bagi pengurusan syarikat kerajaan Persekutuan terdapat keperluan penambahbaikan berterusan untuk memastikan pelaksanaan aktiviti selaras dengan objektif penubuhan syarikat.

Ujarnya, kelestarian perniagaan syarikat kerajaan hendaklah dilengkapi dengan amalan tadbir urus yang baik bagi mewujudkan keyakinan pihak awam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!