DUN Selangor: Kedudukan kerusi ADUN Selat Klang berubah

Iklan
Abdul Rashid hadir seperti biasa ke Persidangan DUN Selangor Ke-15 pada Khamis.

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari hadir seperti biasa ke Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Ke-15 pada Khamis.

Bagaimanapun kedudukan kerusi bekas Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Selangor itu diubah di kedudukan barisan hadapan antara blok pembangkang dan kerajaan di dalam dewan.

Iklan
Iklan

Speaker DUN Selangor, Lau Weng San berkata, beliau membuat perubahan tersebut selepas menerima notis daripada salinan kenyataan daripada Abdul Rashid pada 6 Mac lalu.

"Saya telah menerima satu salinan kenyataan daripada Yang Berhormat Selat Klang bahawa beliau menyokong kepimpinan Yang Amat Berhormat Sungai Tua dan dalam kenyataan sama juga menerangkan kedudukannya pada masa itu masih sebagai ahli Bersatu iaitu pada 6 Mac.

Iklan

"Pada 21 Jun saya juga menerima notis daripada Yang Berhormat Hulu Kelang bahawa keahlian Ahli Yang Berhormat Selat Klang dalam Bersatu telah diberhentikan bermula 7 Jun 2024.

"Jadi menyusuli fakta yang mana sekarang Yang Berhormat Selat Klang bukan lagi ahli Bersatu maka pertukaran tempat duduk adalah wajar mengikut amalan dalam Parlimen Malaysia," katanya.

Iklan

Terdahulu, Pengerusi Bersatu Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin menyerahkan notis pengosongan kerusi DUN Selat Klang berikutan Abdul Rashid menyatakan sokongan kepada kepimpinan Menteri Besar Selangor.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!