Rakyat Malaysia makin selamat, jenayah menurun

Iklan
Rekod menunjukkan 28 peratus rakyat berpandangan kemorosotan nilai-nilai tradisi dan kekurangan pendidikan antara penyebab berlaku jenayah. Gambar Hiasan

SHAH ALAM - Sebanyak 57 peratus rakyat Malaysia berpandangan kemiskinan dan pengangguran merupakan antara faktor berlakunya jenayah.

Menurut tinjauan inflasi Malaysia yang dijalankan Firma Penyelidikan Pasaran Ipsos Sdn Bhd (Ipsos), selain itu 50 peratus pandangan melibatkan penguatkuasaan undang-undang tak berkesan.

Iklan
Iklan

"Pandangan lain turut melibatkan salah guna dadah dan minuman keras sebanyak 42 peratus serta sebanyak 39 peratus berpandangan persekitaran politik yang korup merupakan faktor berlakunya jenayah.

Bagaimanapun, tinjauan dijalankan ini mendapati rakyat Malaysia merasakan semakin selamat seiring dengan penurunan persepsi terhadap peningkatan kadar jenayah.

Iklan

Tinjauan mendapati sentimen positif ini turut dikongsi oleh Singapura di rantau Asia Tenggara.

"Bagaimanapun, penduduk Thailand dan Indonesia kekal bimbang dengan kadar jenayah negara mereka.

Iklan

"Lebih satu pertiga daripada mereka percaya bahawa kadar jenayah di negara masing-masing adalah semakin meningkat," katanya menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada Khamis.

Katanya, tinjauan sama turut mendapati rakyat negara ini memberikan keyakinan tinggi terhadap agensi penguatkuasaan undang-undang negara.

"Sebahagian besar rakyat percaya dilayan dengan hormat dan secara sama rata dari sudut penguatkuasaan undang-undang.

"Selain itu, pihak penguat kuasa juga dilihat berjaya mencegah jenayah keras dan jenayah bukan kekerasan," katanya.

Menurutnya, kepercayaan dan keyakinan orang ramai terhadap penguatkuasaan undang-undang adalah penting dalam menjamin kewujudan masyarakat yang aman dan selamat.

Selain itu, tinjauan turut mendapati rakyat negara ini percaya kadar jenayah adalah terkawal dan situasi kini adalah lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

"Terdapat penurunan dalam jumlah mereka yang percaya kadar jenayah telah meningkat.

"Peratusan yang berpendapat bahawa kadar jenayah meningkat di kawasan kejiranan mereka mencatatkan nilai sebanyak 18 peratus pada tahun ini berbanding 24 peratus pada 2023," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!