SERDANG - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menjelaskan peruntukan pembangkang adalah untuk sesebuah kawasan Parlimen, bukannya khusus untuk ahli Parlimen.
Menurutnya, peruntukan terbabit bertujuan untuk pembangunan infrastruktur dan sosial kawasan berkenaan manakala ahli Parlimen bertindak sebagai koordinator.
Iklan
Iklan
"Peruntukan pembangkang sebenarnya adalah peruntukan Perdana Menteri (Kerajaan Persekutuan).
"Peruntukan adalah untuk kawasan Parlimen, ia tidak ada dikatakan spesifik untuk ahli Parlimen," katanya ketika ditemui pemberita selepas meluncurkan Hari Banci Pertanian 2024, di sini pada Khamis.
Isnin lalu, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa, peruntukan yang sepatutnya mereka terima sebagai wakil rakyat telah dilencongkan kepada ketua kampung parti kerajaan.
Dakwanya lagi, tiada audit dilakukan oleh penerima peruntukan itu seperti yang dilaksanakan oleh pihaknya selama ini.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!