Purata KDNK Selangor lebihi sasaran - MB

Iklan
Amirudin (kiri) membentang Kajian Separuh Penggal RS-1 dalam sidang DUN Selangor di Bangunan Annex di Shah Alam pada Khamis.

SHAH ALAM - Purata pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 7.43 peratus dicapai Selangor pada 2021 sehingga 2023 melebihi sasaran purata pertumbuhan KDNK bagi tempoh lima tahun ditetapkan dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, kejayaan itu mencerminkan keupayaan Selangor untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan berkesan di dalam negeri berkenaan.

Iklan
Iklan

Jelas Menteri Besar, teras itu juga berperanan penting dalam menyokong pencapaian matlamat strategik ekonomi negeri bagi memastikan setiap langkah diambil sejajar pertumbuhan positif dan berkekalan.

"Sebahagian proses Kajian Separuh Penggal (KSP) untuk menilai semula beberapa sasaran utama, seiring keadaan dan konteks semasa dan memandangkan hala tuju seiring antara Persekutuan dan negeri serta dengan pendekatan Persekutuan untuk turut membangunkan negeri lain supaya lebih maju, pentadbiran ini meletakkan sasaran KDNK negara sebanyak 27 peratus dengan usaha-usaha lonjakan ekonomi dalam RS-1,” katanya pada persidangan DUN Selangor ke-15 yang bermula pada Khamis.

Iklan

Peningkatan 0.4 peratus berbanding 2022, nilai ekonomi Selangor juga buat pertama kali mencecah RM406.1 bilion, sekali gus menjadi negeri pertama di Malaysia melebihi paras nilai RM400 bilion.

Selangor juga mencatat pertumbuhan ekonomi paling tinggi dengan nilai 5.4 peratus, melebihi pertumbuhan sederhana seluruh negara pada kadar 3.6 peratus tahun lalu.

Iklan

Dalam pada itu, Amirudin berkata, pentadbiran kerajaan negeri Selangor juga berjaya mencatatkan pencapaian mengagumkan dengan purata nilai pelaburan sebanyak RM39.4 bilion menerusi sektor utama yang kompleks.

Jelas Menteri Besar, kejayaan itu menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam menggalakkan pembangunan ekonomi yang mampan dan berkesan,

serta memperkukuhkan kedudukan Selangor sebagai pusat pelaburan utama di rantau ini.

"Kejayaan ini juga menunjukkan komitmen negeri dalam menggalakkan pembangunan ekonomi mampan dan berkesan serta memperkukuh kedudukan sebagai pusat pelaburan utama di rantau ini,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!