Empat projek naik taraf, bina LRA alami kelewatan - LKAN

Iklan
Empat daripada 27 projek naik taraf dan membina loji rawatan air (LRA) di seluruh negara sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) lewat daripada tarikh patut disiapkan, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2024 Siri 2. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Empat daripada 27 projek naik taraf dan membina loji rawatan air (LRA) di seluruh negara sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) lewat daripada tarikh patut disiapkan, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2024 Siri 2.

Empat projek itu mengalami kelewatan 324 hingga 1,076 hari iaitu masing-masing dua di Sabah, satu di Johor dan satu di Kedah dengan kos berjumlah RM926.79 juta.

Iklan
Iklan

LKAN berkata, kelewatan Projek Penambahan Kapasiti LRA Telibong II di Sabah berpunca daripada perubahan reka bentuk dan penjajaran semula saluran paip melibatkan laluan di Pan Borneo manakala sebuah lagi projek di negeri sama iaitu Projek Sistem Bekalan Air Lahad Datu lewat disebabkan masalah jajaran paip dan kekurangan bahan mentah.

"Bagi Projek Menaik Taraf LRA Lubuk Buntar Lama di Kedah, kelewatan berpunca daripada masalah memuktamadkan jenis tangki dan masalah pengambilalihan tanah.

Iklan

"Kelewatan bagi Projek Pembinaan LRA Layang 2 di Johor adalah disebabkan oleh kesukaran untuk kerja-kerja pembinaan muka sauk,” menurut laporan itu.

Sementara itu LKAN mendapati pelaksanaan 11 projek pembangunan bina baru Loji Rawatan Kumbahan (LRK) Berpusat mengalami kelewatan berbanding jadual asal, yang merupakan sebahagian daripada keseluruhan 34 projek Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP).

Iklan

Ia melibatkan empat projek di Sabah, masing-masing dua projek di Pahang, Perak dan Pulau Pinang, manakala satu lagi di Kedah, dengan kos projek berjumlah RM4.685 bilion.

LKAN juga mendapati 129 daripada 636 projek menaik taraf LRK Fasa 1 dirancang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang dilaksanakan Syarikat Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK), mengalami kelewatan, dengan kos berjumlah RM68.16 juta.

Laporan itu berkata, kelewatan itu disebabkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan, penangguhan kerja pemasangan paip dan kelewatan pembekalan bahan binaan.

"Kelewatan in juga telah menyebabkan objektik pembinaan infrastruktur air tidak tercapai,” menurutnya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!