Penunggang motosikal maut tertusuk galah sawit

Iklan
Mangsa berusia 44 tahun ditemukan maut akibat tertusuk galah sawit.

BAGAN SERAI - Seorang lelaki ditemukan maut akibat tertusuk galah sawit selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Parit Sulaiman dekat Matang Gerdu pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff berkata, mangsa berusia 44 tahun ditemukan dalam keadaan berlumuran darah oleh dua orang awam pada jam 6.58 petang.

Iklan
Iklan

"Ketika kejadian mangsa menunggang motosikal yang membawa gerabak mengangkut buah sawit dipercayai hilang kawalan.

"Keadaan itu menyebabkan galah sawit yang dibawa bersama terpelanting dan tertusuk di bahagian belakang badan mangsa sebelum ditemui tidak sedarkan diri," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Iklan

Menurut beliau, pemeriksaan pegawai kesihatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Parit Buntar.

Iklan

"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah 'fatal penetrating abdominal injury'," katanya.

Juna berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Fazri Abdul Aziz di talian 05-7212222 atau 013-7111923 bagi membantu siasatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!