SAM terkejut plastik diproses jadi pelet makanan ikan

Iklan
Laporan Sinar Harian pada 4 Julai 2024

ALOR SETAR - Sahabat Alam Malaysia (SAM) terkejut dengan pendedahan tentang penemuan bahan plastik terpakai diproses menjadi pelet sebelum dibungkus dengan label makanan ikan di daerah Kuala Muda pada Rabu.

Penyelidik Lapangan SAM, Azrul Faizal Mohamed berkata, pihaknya memohon jabatan berkaitan menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pengusaha yang menggunakan pelet daripada kilang tersebut.

Iklan
Iklan

Beliau melahirkan kebimbangan sekiranya pelet ini telah berada di pasaran, sekali gus tidak mahu pengguna menanggung kesan buruk ini.

"Harga pelet makanan untuk industri akuakultur telah meningkat dan dikhuatiri menyebabkan pengusaha mengambil jalan mudah dengan mencari makanan ternakan akuakultur yang murah.

Iklan

Beliau berkata, penggunaan pelet plastik pastinya akan memberi kesan buruk kepada kesihatan pengguna yang memakan ikan tersebut.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, permintaan ikan baja yang tinggi juga menyebabkan kepupusan anak-anak ikan yang mempunyai nilai pasaran jika anak-anak ikan ini dibiarkan membesar.

Iklan

Tambahnya, penyumbang utama ikan baja adalah penggunaan pukat tunda yang tidak terkawal dengan menceroboh zon pantai dianggarkan sehingga 60 peratus tangkapan pukat tunda adalah ikan baja.

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah membongkar kegiatan sebuah kilang kitar semula yang disyaki memproses plastik terpakai menjadi pelet sebelum dibungkus dalam pek makanan ikan di daerah Kuala Muda, di sini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!