Penipuan skim pelaburan, pekebun durian rugi lebih RM200,000

Iklan
Seorang pekebun durian kerugian RM204,706 selepas menjadi mangsa skim pelaburan dalam talian tidak wujud. (Gambar kecil: Noor Hisam) Foto 123RF

KUANTAN - Seorang pekebun durian kerugian RM204,706 selepas menjadi mangsa skim pelaburan dalam talian tidak wujud.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, mangsa berusia 66 tahun dari Bentong telah berurusan dengan suspek melalui aplikasi Facebook 21 Mei lalu dan berminat dengan iklan pelaburan saham atas nama Pimco Malaysia Station W68.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mangsa berjaya diperdaya dengan janji jaminan keuntungan 100 peratus daripada jumlah pelaburan.

"Selepas bayaran wang pelaburan itu dibuat, mangsa dihubungi suspek memaklumkan bahawa pelaburannya telah mendapat keuntungan RM500,000 dan dikehendaki membuat pelaburan tambahan bagi menebusnya," katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Iklan

Noor Hisam berkata, mangsa telah melakukan enam transaksi bayaran menggunakan wang simpanannya melalui lima akaun bank berbeza dalam tempoh 21 Mei hingga 3 Julai lalu membabitkan jumlah kerugian keseluruhan RM204,706 sebelum menyedari ditipu.

"Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud dan penipuan tawaran kerja atas talian bagi mengelak menjadi mangsa.

Iklan

"Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon meragukan yang diterima melalui pautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!