LKAN: MRT Corp, ISIS Malaysia capai objektif penubuhan syarikat

Iklan
Objektif penubuhan MRT Corp sebagai pemaju projek dan pemilik aset telah dicapai bagi MRT1 dan MRT2 mengikut mandat yang diluluskan kerajaan. Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Dua syarikat berkait kerajaan Persekutuan, Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan Institute of Strategic and International Studies (ISIS) Malaysia berjaya mencapai objektif penubuhannya.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) siri 2/2024, objektif penubuhan MRT Corp sebagai pemaju projek dan pemilik aset telah dicapai bagi MRT1 dan MRT2 mengikut mandat yang diluluskan kerajaan.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun, prestasi pencapaian Skim Kereta Api MRT1 dan MRT2 kurang memuaskan kerana tidak mencapai sasaran bilangan penumpang harian, bilangan tren beroperasi dan kekerapa perkhidmatan tren waktu puncak.

"Akaun Muktamad MRT1 juga didapati belum ditutup walaupun projek telah siap serta beroperasi sepenuhnya sejak tahun 2017,” kata laporan tersebut.

Iklan

Berikutan itu, laporan berkenaan mencadangkan, MRT Corp dan Prasarana perlu memastikan ketersediaan tren beroperasi menepati sasaran Skim Kereta Api di samping MRT Corp perlu memastikan Akaun Muktamad MRT1 dapat ditutup.

Dalam perkembangan sama, LKAN berkata, selain berjaya mencapai objektif penubuhannya, ISIS Malaysia juga merekodkan amalan tadbir urus korporat yang baik dan kedudukan kewangannya pula stabil.

Iklan

Katanya, namun begitu trend bilangan aktiviti penyelidikannya menurun iaitu 20 peratus dan 65 peratus masing-masing pada tahun 2022 dan 2023.

"Trend bilangan penerbitan dan jemputan panel temu bual berkaitan hal ehwal antarabangsa menaik dan menurun bagi tempoh tahun 2020 hingga 2023.

"Prosedur operasi standard (SOP) aktiviti penyelidikan, persidangan dan pelaburan juga tidak disediakan,” ujarnya.

Oleh demikian, LKAN mengesyorkan ISIS Malaysia menambah bilangan aktiviti penyelidikan dan persidangan serta penerbitan yang boleh menjana pendapatan syarikat.

Ujarnya, institut tersebut juga perlu memastikan SOP aktiviti penyelidikan dan pelaburan disedia serta diluluskan oleh Lembaga pengarah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!