LKAN: Kemudahan pelajar, fasiliti kesihatan UIAM kurang memuaskan

Iklan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) masih kurang memuaskan dalam menyediakan kemudahan kepada pelajar menyebabkan institusi itu masih belum mencapai objektif penubuhannya secara menyeluruh.

SHAH ALAM - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) masih kurang memuaskan dalam menyediakan kemudahan kepada pelajar menyebabkan institusi itu masih belum mencapai objektif penubuhannya secara menyeluruh.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) siri 2/2024, fasiliti seperti dewan kuliah, bangunan dan kemudahan penjagaan kesihatan yang tidak mendapat perhatian mengakibatkan tadbir urus korporat universiti itu berada di tahap memuaskan.

Iklan
Iklan

Hasil dapatan yang diperoleh mendapati, sebanyak 306 atau 2.3 peratus daripada 13,403 peralatan hospital berjumlah RM12.34 juta tidak digunakan sejak tahun 2017 hingga Ogos 2023.

"Walau bagaimanapun UIAM telah mencapai objektif penubuhannya dengan menawarkan pelbagai program daripada peringkat asasi, prasiswazah dan pascasiswazah.

Iklan

"Berdasarkan laporan berkenaan juga terdapat 125 atau 39.6 peratus daripada 316 hartanah tidak dapat disewakan setakat 31 Oktober 2023.

"Menerusi laporan LKAN juga mendapati bahawa terdapat tunggakan hutang pelajar luar negara tanpa tajaan berjumlah RM9.17 juta melebihi 180 hari,” katanya.

Iklan

Oleh itu, LKAN mengesyorkan kepada UIAM untuk menjana pendapatan bagi meningkatkan daya saing sebagai universiti tempatan yang berwibawa.

Bagi mencapai hasrat tersebut, institusi itu perlu lebih cekap dalam menguruskan sewaan hartanah bagi terus memperkukuh keadaan kewangan sedia ada.

"UIAM perlu meningkatkan daya saing sebagai universiti berwibawa dengan menjana pendapatan melalui yuran pengajian dan sewaan hartanah yang lebih cekap serta berkesan,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!