IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris

Iklan
IOC menolak 'khabar angin' mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis.

JAWATANKUASA Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak 'khabar angin' mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis.

IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu, lapor Emirates News Agency (WAM).

Iklan
Iklan

"Ini jelas merupakan sebahagian daripada kempen maklumat palsu yang sedang berlangsung terhadap Perancis, IOC dan presidennya serta Sukan Olimpik. Ia tidak mempunyai asas fakta sama sekali," menurut IOC lewat Rabu di platform X.

"Presiden IOC dan seluruh Gerakan Olimpik teruja menantikan aksi cemerlang Sukan Olimpik Paris 2024."

Iklan

Penganjur Perancis berkata mereka akan menyiasat asal usul laporan itu dan Menteri Sukan Amelie Oudea-Castera menolak laporan berkenaan sebagai 'berita palsu yang tidak wajar' di X.

"Sukan Olimpik kami akan diadakan di Paris, pada tarikh yang dijadualkan. Kami telah membuat persiapan selama bertahun-tahun; ia akan membawa kegembiraan kepada seluruh dunia dan kebanggaan kepada negara kita," katanya. - Bernama-WAM

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!