Dasar Industri Perkapalan bakal diperkenal

Iklan
Anthony Loke

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Dasar Industri Perkapalan Negara bakal diperkenalkan bagi memacu pertumbuhan industri perkapalan, sekali gus menjamin kepentingan ekonomi dan keselamatan Malaysia.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, dasar tersebut dijangka memberi tempias terhadap pelbagai sektor berkaitan selepas negara sebelum ini tidak mempunyai dasar khusus berkaitan industri perkapalan.

Iklan
Iklan

"Ini akan menggalakkan penggunaan kapal tempatan dan krew rakyat Malaysia untuk mengangkut kargo komoditi khususnya minyak dan gas serta sawit," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perkapalan dan Pelabuhan Kebangsaan (NSPC) di sini pada Khamis.

Iklan

Menurutnya, cadangan tersebut akan angkat ke Kabinet pada penghujung tahun ini selepas perincian dengan pelbagai pemegang taruh.

"Tanpa dasar ini, ia tentu akan merencatkan pertumbuhan dan kekukuhan ekonomi negara," jelas beliau.

Iklan

Anthony berkata, sekiranya dasar ini diwujudkan, ia akan menggalakkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak tempatan.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan akan membuka ruang untuk melatih anak muda untuk menyertai industri ini bagi menjadi pelaut.

"Sukacita tahun ini kerajaan telah peruntukan RM10 juta untuk meningkatkan tahap kecekapan anak kapal dan pelaut.

"Dana ini diletakkan di bawah Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dan MOT akan bekerjasama untuk mengoptimumkan dana ini," katanya.

Tambah beliau, Akademi Laut Malaysia (ALAM) yang terletak di Kuala Sungai Baru, Melaka menawarkan pelbagai program pengukuhan untuk pentaulihan pelaut dalam pelbagai bidang kemahiran.

"Ini akan memberi peluang kepada mereka untuk mengikuti kursus lebih penting. Apabila ada sijil sudah tentu pendapatan mereka dapat dipertingkatkan.

"Industrial perkapalan ini menawarkan pendapatan yang lumayan jika berkerja di luar negara, mereka dikecualikan cukai," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!