Ahmad Zahid sudah terima senarai calon PRK DUN Nenggiri

Iklan
Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sudah menerima senarai pendek nama calon yang akan diketengahkan parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, rundingan juga telah diadakan bersama Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, dan mengikut prosedur nama yang dicalonkan itu perlu dibawa ke mesyuarat bahagian terlebih dahulu.

Iklan
Iklan

"Walaupun senarai pendek itu telah sampai kepada saya, tradisi UMNO Gua Musang akan membawa nama-nama itu dalam mesyuarat bahagian, dan akan diadakan pengundian dalaman dalam kalangan jawatankuasa bahagian.

"... (ia bagi) memilih calon mempunyai elemen WALI yang merujuk kepada boleh menang (winnable), diterima (acceptable) dan disukai (likeable),” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Hari Anugerah Pendidik Majlis Amanah Rakyat (Mara) di sini pada Khamis.

Iklan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos ini manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos.

Sebelum ini Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengesahkan kerusi DUN berkenaan kosong berkuat kuasa pada 19 Jun. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!