PH makin ghairah dekati pengundi

Iklan
Kon Yeow (tengah) bergambar bersama petugas media yang menyertai Program ‘Jom Pekena Durian Bersama CM Chow 2.0’ di pekarangan Kompleks Rakan Muda Jawi pada Khamis.

NIBONG TEBAL - Tempoh baki kempen tidak sampai 48 jam akan digunakan sebaiknya oleh jentera Pakatan Harapan (PH) untuk mendekati pengundi bagi memastikan mereka keluar mengundi pada Sabtu ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, menerusi kempen yang diadakan pastinya jentera mahu memastikan pengundi memenangkan calon nombor satu iaitu Dr Joohari Ariffin dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap kali ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kempen yang dikatakan kurang ghairah disebabkan keadaan georgrafi kawasan ini yang lebih kepada persekitaran semi urban.

"Selalunya pergerakan jentera kempen akan dirancang mengikut corak kehidupan penduduk setempat bagi memudahkan mesej kerajaan disampaikan kepada pengundi.

Iklan

"Kalau kita lihat cara kempen di sini (Sungai Bakap) lebih tertumpu kepada ceramah kelompok, bertemu pengundi dari rumah ke rumah dan lain-lain.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program ‘Jom Pekena Durian Bersama CM Chow 2.0’ di pekarangan Kompleks Rakan Muda Jawi di sini, pada Khamis.

Iklan

Sebanyak 300 kilogram durian pelbagai varieti dijamukan kepada hampir 100 pengamal media yang bertugas sempena PRK Sungai Bakap.

PRK DUN Sungai Bakap yang menyaksikan pertembungan antara calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin dan calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail itu, diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei akibat keradangan dalam perut.

PRK Sungai Bakap menyaksikan seramai 39,279 pemilih yang terdiri daripada 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.

Dewan Serbaguna Jawai yang terletak di Jalan Serindit, Taman Desa Jawi akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi.

Sebanyak sembilan buah pusat mengundi biasa yang mengandungi 65 saluran akan dibuka pada Sabtu ini.

*Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap di sini!.