Israel lakukan rampasan tanah terbesar milik Palestin

Iklan
Projek penempatan haram Yahudi di atas tanah milik Palestin semakin pesat membangun di Tebing Barat. Foto Agensi

TEL AVIV - Israel telah meluluskan rampasan tanah terbesar di Tebing Barat dalam tempoh lebih tiga dekad di bawah langkah yang dikecam keras kumpulan aktivis pada Rabu.

Laporan didedahkan Peace Now mendapati kawasan seluas 12.7 kilometer (km) persegi di Lembah Jordan telah diisytiharkan sebagai ‘harta negara’ pada bulan lalu.

Iklan
Iklan

"Tanah dirampas itu adalah yang terbesar sejak Perjanjian Oslo pada 1993 dan 2024 menandakan kemuncak kepada pengisytiharan ‘harta negara’ oleh rejim Tel Aviv.

"Penduduk Palestin akan hilang hak pemilikan tanah mereka, malah dikenakan larangan apabila rampasan tersebut dibuat,” ujar kumpulan aktivis itu dalam satu kenyataan.

Iklan

Difahamkan, kawasan berhampiran penempatan haram Yafit itu ditetapkan sebagai rizab alam semula jadi atau untuk tujuan ketenteraan.

Pada Mac lalu, Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich mengumumkan rampasan awal tanah Palestin dan turut menyelar mana-mana pihak yang kononnya cuba mahu mengancam ‘hak’ mereka di Tebing Barat.

Iklan

Peace Now turut mengutuk Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan Smotrich kerana lebih mengutamakan hal penempatan haram pendatang Yahudi berbanding menyelesaikan konflik politik atau menamatkan Perang Gaza. - AFP

Info:

>Sejak awal tahun lalu, Israel telah merampas kira-kira 23.7km persegi tanah milik penduduk Palestin di Tebing Barat.

>Israel menduduki Tebing Barat, Baitulmaqdis Timur dan Genting Gaza ketika Perang Enam Hari pada 1967.

>Sejak lebih lima dekad lalu, ia telah memperluaskan projek penempatan haram di seluruh Tebing Barat yang didiami lebih 490,000 pendatang Yahudi dan diisytiharkan melanggar undang-undang antarabangsa.

>Seramai tiga juta penduduk Palestin turut menetap di Tebing Barat.

>Pada 1980-an, Israel pernah merampas kawasan seluas ratusan kilometer persegi dan tindakan itu dihentikan pada 1992. Kerajaan pertama pimpinan Netanyahu bagaimanapun meneruskan semula rampasan itu pada 1996.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!