Tiga pengendali makanan disyaki pembawa demam kepialu di sekolah

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Selasa lalu.

KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mendedahkan seramai tiga pengendali makanan disyaki menjadi pembawa tifoid atau demam kepialu yang merebak di sebuah sekolah menengah di sini.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kesemua pengendali makanan tersebut telah diberi rawatan dan tidak dibenarkan mengendalikan makanan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Iklan
Iklan

"Sehingga 3 Julai sebanyak enam kes telah dikenal pasti melibatkan pelajar-pelajar tingkatan satu hingga lima," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Menurut beliau, kesemua mereka mengalami gejala demam, sakit perut, muntah, cirit-birit selain kurang selera makan.

Iklan

Ujarnya, kes ini telah dirawat di hospital dan berada dalam keadaan stabil.

Dr Zaini memberitahu, sebanyak dua kes telah sembuh dan dibenarkan discaj dari wad.

Iklan

"Tiada kes bergejala teruk atau kematian dilaporkan dan sebanyak 35 kes yang disyaki demam tifoid juga telah dirujuk ke fasiliti kesihatan berhampiran untuk siasatan dan rawatan lanjut.

"JKNK akan terus memantau situasi wabak ini dan menjalankan langkah-langkah kawalan bagi mencegah wabak dari berpanjangan," katanya.

Menurut beliau, saringan menyeluruh (mass screening) kepada semua warga sekolah akan dijalankan oleh PKD Kota Bharu dalam masa terdekat.

Tambahnya, semua warga sekolah dinasihatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan dan sentiasa mencuci tangan.

"Sekiranya bergejala seperti demam berpanjangan, sakit kepala, lemah badan, dan cirit-birit atau sembelit, perlu segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran," katanya.

Sinar Harian Online melaporkan, JKNK mendedahkan seramai 1,000 orang termasuk pelajar sebuah sekolah menengah di sini, menjalani ujian saringan tifoid atau demam kepialu.

Dr Zaini berkata, ia susulan lima pelajar di sebuah sekolah menengah di sini telah disahkan dijangkiti tifoid.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!