LKAN: MOT pertingkat kecekapan perkhidmatan rel negara

Iklan
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook (tiga,kiri) ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat National Shipping Port Council (NSPC) Bil. 1/2024 di sebuah hotel hari ini.

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Pengangkutan (MOT) akan mengambil tindakan berterusan bagi meningkatkan lagi kecekapan perkhidmatan rel negara.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook menegaskan pihaknya sebelum ini sudah menetapkan indeks prestasi utama (KPI) kepada Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

Iklan
Iklan

"Itu adalah kelemahan yang sedang kita tangani dari segi kekerapan, jumlah penumpang, semua isu sudah saya nyatakan dari semasa ke semasa, bukan hanya kerana Laporan Ketua Audit Negata (LKAN)," katanya semasa sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perkapalan dan Pelabuhan Kebangsaan (NSPC) di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai teguran LKAN Siri 2/2024 mengenai prestasi bilangan penumpang harian dan bilangan tren beroperasi serta kekerapan perkhidmatan tren waktu puncak masih tidak mencapai sasaran yang ditetapkan dalam Skim Kereta Api Transit Aliran Massa (MRT) 1 dan 2.

Iklan

Ujarnya, bilangan penumpang MRT tahun ini merekodkan lebih 800,000 penumpang setakat ini.

"Dengan peningkatan jumlah penumpang, perkhidmatan MRT dan LRT adalah lebih dipercayai," katanya.

Iklan

LKAN yang diterbitkan itu juga mendedahkan, Akaun Muktamad MRT1 masih belum ditutup walaupun projek telah siap serta beroperasi sepenuhnya sejak tahun 2017.

Kedudukan MRT Corp juga didapati kurang stabil dan bergantung kepada penerimaan sumbangan kerajaan bagi membina infrastruktur rel.

Justeru, LKAN menggariskan lima syor audit antaranya memastikan ketersediaan tren beroperasi menepati sasaran Skim Kereta Api supaya kekerapan jadual perjalanan dapat ditambah baik dan meningkatkan penggunaan pengangkutan awam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!