Gas bocor berpunca dari tangki tidak digunakan - Bomba
Iklan
Pasukan Bomba dan Penyelamat, PDRM dan pasukan perubatan dilihat bersedia di sekitar kawasan kebocoran gas di Southern Support Zone Sepang Aircraft Engineering, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis.
SEPANG - Pasukan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesan gas methyl mercaptan di dalam tangki tidak digunakan yang telah bocor di Southern Support Zone Sepang Aircraft Engineering, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, pada Khamis.
Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, isi kandungan tangki itu merupakan bahan methyl mercaptan yang digunakan sebagai campuran kepada gas LPG.