KPDNHEP gesa henti tular berita restoran siang biawak

Iklan
Azman Adam

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menggesa orang ramai tidak menularkan semula berita yang tidak sahih bagi mengelak masyarakat serta pengguna menjadi panik.

Saranan tersebut dibuat susulan penularan berita mengenai tindakan sebuah restoran mamak yang didakwa menyiang biawak di premis perniagaan mereka serta turut menggantungkan ayat Al Quran bagi mengaburi mata orang ramai.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor, Azman Adam berkata, pihaknya yang menjalankan siasatan berhubung perkara itu mendapati premis berkenaan tidak lagi beroperasi di Balakong.

"Sebenarnya kes itu berlaku pada 8 Ogos 2017 dan kita menjalankan tindakan sebelum ini. Namun kerana isu ini tular kembali, kami menjalankan siasatan semula dan mendapati premis terbabit tidak lagi beroperasi.

Iklan

"Masyarakat diingatkan berhubung terus dengan pihak berkuasa menyalurkan maklumat berhubung sebarang kes yang berlaku. Ini yang sepatutnya dilakukan kerana kalau kita tularkan kembali berita lama, ia beri kesan kepada masyarakat. Saya rasa perkara sebegini perlu dihentikan,” katanya.

Sebelum ini, seorang pengguna laman sosial menularkan berita tersebut dengan mendakwa restoran terbabit menyamar sebagai kedai mamak Islam dan mengantungkan ayat-ayat al-Quran.

Iklan

Pengguna terbabit turut memuat naik satu rakaman video mendakwa seorang pekerja restoran itu sedang menyiang seekor biawak di restoran tersebut.