BRICS sebagai pengimbang unilateralisme AS - Jeffrey Sachs

Iklan
Jeffrey ketika berucap pada forum Persidangan Kemuncak Masa Depan di Universiti Sunway pada Khamis.

SUBANG JAYA - Kumpulan kesatuan ekonomi dipelopori Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan (BRICS) merupakan respons kolektif terhadap dominasi dan tindakan unilateralisme Amerika Syarikat (AS).

Tokoh ekonomi dan pemikir terkemuka AS, Profesor Jeffrey D Sachs mengakui, kesatuan tersebut muncul sebagai pengimbang penting dalam kuasa multipolar dunia.

Iklan
Iklan

"Di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tiada satu negara dibenar menggunakan kuasa unilateralism tersendiri.

"Walaupun diputuskan tindakan itu menyalahi undang-undang, namun AS tetap berdegil dan tidak mengendahkannya," katanya ketika berucap pada forum 'Sidang Kemuncak Masa Depan: Satu perjanjian pakatan global baharu untuk dunia yang aman, inklusif dan mampan’ di sini, pada Khamis.

Iklan

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, peranan BRICS sebagai pemerhati terhadap inisiatif AS yang dilihat sebagai lapuk dan hegemoni.

Jeffrey berpandangan, kesatuan itu bukan hanya fokus kepada kuasa ekonomi tetapi kekuatan politik bagi mengimbangi dinamik kuasa besar global.

Iklan

"BRICS terus mengukuhkan kedudukannya sebagai penentang kepada dominasi AS, memperjuangkan pendekatan pengurusan global yang lebih inklusif dan multilateral sambil mengkritik tindakan unilateral yang mencabar norma serta perjanjian antarabangsa," ujarnya.

Sementara itu, Persidangan Kemuncak Masa Depan bakal berlangsung di New York pada 20 September hingga 23 September depan di ibu pejabat PBB.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!