'Orang lain tidak berhak memukul, mendera wanita' - Nancy

Iklan
Wanita tidak sepatutnya membiarkan diri mereka menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Gambar hiasan (Gambar kecil: Nancy)

SHAH ALAM - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Sri Nancy Shukri mengingatkan golongan wanita supaya sentiasa menjaga hak dan keselamatan diri.

Beliau menegaskan, wanita tidak sepatutnya membiarkan diri mereka menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Iklan
Iklan

"Kepada wanita saya ingin berpesan, wanita mesti ingat orang lain tidak boleh atau tidak berhak untuk memukul atau mendera kita.

"Badan itu kita sendiri yang mengawalnya, jangan dibiarkan orang mendera kita. Jaga diri," katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram ketika sesi penggulungan di Dewan Rakyat pada Khamis.

Iklan

Terdahulu beliau yang juga Ahli Parlimen Santubong memaklumkan, sebanyak 2,794 kes keganasan rumah tangga telah direkodkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak 2021 hingga 2023.

Daripada jumlah itu katanya, sebanyak 773 kes berlaku di Selangor.

Iklan

Sebarang kes keganasan rumah tangga boleh dilaporkan ke talian Nur Kasih di 15999 atau WhatsApp 019-2615999.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!