'Sep sep sep tomtolong susun!'

Iklan
Setiap peserta yang menyertai pelbagai permainan yang disediakan di reruai NU Ideaktiv bakal mendapat hadiah istimewa. (Gambar kecil: Hakimin)

SHAH ALAM - Lima aktiviti permainan digital menarik disediakan khas untuk pengunjung reruai NU Ideaktiv Sdn Bhd (NU Ideaktiv) yang memeriahkan lagi Karnival Rakyat Karangkraf yang akan berlangsung pada 26 sehingga 28 Julai ini.

Ketua Perniagaan Baharu, Komuniti dan Acaranya, Hakimin Zahid berkata, permainan digital itu merangkumi pelbagai kategori seperti gaya hidup wanita, makanan, dekorasi, lelaki dan hobi, keibubapaan serta gen baharu yang berkonsepkan tradisional.

Iklan
Iklan

"Permainan yang bakal memeriahkan Karnival Rakyat Karangkraf ini seperti One Two Teka, Hanya Jauhari Mengenal Bayang, Sep Sep Sep Tomtolong Susun! dan pelbagai lagi aktiviti di mana setiap peserta bakal mendapat hadiah istimewa.

"NU Ideaktiv akan turut serta secara langsung selama tiga hari berturut-turut bagi meraikan kemeriahan Karnival Rakyat Karangkraf. Orang ramai dijemput hadir ke reruai kami untuk merasai pengalaman yang luar biasa,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Karnival Rakyat Karangkraf akan dianjurkan pada 26 sehingga 28 Julai ini bermula jam 9 pagi hingga 7 malam di Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15, di sini.

Penganjuran karnival berkenaan sempena ulang tahun ke-18 Sinar Harian selain meraikan keunikan warisan budaya Malaysia serta memberikan penghargaan kepada pembaca setia akhbar tersebut.

Iklan

Hakimin berkata, aktiviti bergambar di skrin hijau turut diadakan di reruai NU Ideaktiv di mana pengunjung boleh membuat pilihan latar belakang muka hadapan majalah keluaran NU Ideaktiv atau karnival tersebut secara percuma.

Selain itu, ujarnya, NU Ideaktiv juga akan memperkenalkan dua produk baharu iaitu portal komuniti Kliik dan aplikasi kandungan seeNI.

Katanya, dua produk berkenaan turut mengadakan aktiviti berkonsepkan sukan rakyat dan setiap peserta yang menyertai akan mendapat hadiah.

Tambah Hakimin, pihaknya sangat berharap agar Karnival Rakyat Karangkraf dijadikan acara tahunan kerana ia akan dapat mengekal dan memastikan kelestarian adat serta budaya untuk generasi yang seterusnya.

"NU Ideaktiv akan menyokong penuh usaha ini dengan menyertai setiap karnival yang akan dijalankan pada masa akan datang,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!