LKAN: Perlu tangani isu tatakelola dengan segera

Iklan
Laporan Ketua Audit Negara.

LAPORAN Ketua Audit Negara pada Khamis menunjukkan beberapa isu kritikal tatakelola yang perlu diselesaikan, antaranya pengurusan program pemerkasaan jaringan dan infrastruktur telekomunikasi di Malaysia.

Melihat kepada laporan yang dibentangkan itu jelas menunjukkan, inisiatif memperluaskan liputan internet berkelajuan tinggi di kawasan luar bandar belum sepenuhnya tercapai.

Iklan
Iklan

Namun tidak dapat dinafikan, kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi serta agensi-agensi di bawahnya sedang bertungkus-lumus memastikan capaian internet di kawasan luar bandar dapat diperhebatkan.

Kegagalan menyediakan sambungan internet kemungkinan disebabkan beberapa faktor, termasuk peruntukan kewangan yang tidak mencukupi atau masalah pengurusan projek.

Iklan

Sejumlah besar dana yang diperuntukkan untuk melaksanakan projek jajaran jalur lebar di Sabah dan Semenanjung Malaysia misalnya tidak dimanfaatkan dengan baik hingga menyebabkan infrastruktur terbiar dan sambungan kabel terputus.

Oleh yang demikian, sudah tiba masanya untuk meningkatkan pengawasan dan pelaksanaan projek infrastruktur secara efektif.

Iklan

Selain itu ketiadaan pangkalan data mencukupi untuk mengukur pencapaian sosioekonomi dalam projek seperti Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) menunjukkan kelemahan dalam pemantauan dan penilaian kesan projek terhadap komuniti sasar.

Masalah ini secara tidak langsung menyulitkan usaha untuk memastikan pelaburan infrastruktur memberi manfaat maksimum kepada rakyat dan ekonomi tempatan.

Secara keseluruhan, tindakan segera diperlukan untuk menangani isu-isu tersebut supaya program-program pembangunan infrastruktur dapat berjalan dengan efisien dan memberi kesan positif kepada masyarakat dan ekonomi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!