KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan dakwaan ada pengundi ditukarkan bahagian pilihan raya berdasarkan alamat yang dikemas kini di aplikasi e-dompet yang tular di media sosial adalah palsu dan tidak benar.
Pengerusi SPR Datuk Azhar Azizan Harun berkata SPR tidak boleh menukarkan bahagian pilihan raya mana-mana pemilih berdaftar tanpa pengetahuan pemilih berkenaan.