Jemaah Islamiyah bubar, anggota serius turuti undang-undang

Iklan
Menerusi video yang tular di media sosial, mereka menegaskan komitmen untuk menuruti undang-undang serta taat setia kepada Indonesia. Foto https://understandingconflict.org/

ANGGOTA tertinggi Jemaah Islamiyah (JI) yang terlibat dalam tragedi pengeboman Bali pada 2002, mengumumkan pembubaran kumpulan itu pada Khamis.

Ia adalah berdasarkan rakaman kenyataan yang dikeluarkan oleh 16 ahli jemaah kumpulan berkenaan berhubung keputusan untuk menamatkan segala ajaran berkaitan jaringan ekstremis itu.

Iklan
Iklan

Rakaman video itu turut disahkan keasliannya oleh Institut Analisis Polisi Konflik (IPAC) Indonesia, yang memantau rapat sebarang perkembangan berkenaan konflik keganasan di negara itu.

"Adalah terlampau awal untuk mengandai apa yang telah terjadi, namun anggota lelaki kumpulan berkenaan mempunyai kredibiliti dan kepercayaan yang memadai bagi memastikan organisasi berkenaan sependapat," Ujar Sidney Jones, penganalisis IPAC dalam pengamatannya.

Iklan

Menerusi apa yang dinyatakan dalam video yang tular di media sosial itu, pemimpin tertinggi JI itu menegaskan komitmen mereka untuk menuruti undang-undang serta taat setia kepada Indonesia.

Mereka menambah, semua bahan ajaran berkaitan kumpulan JI ini adalah berkaitan dengan ajaran Islam ortodoks.

Iklan

Daalam tragedi tragis pada 2002, dua kelab malam di Bali menjadi sasaran pengeboman JI dan mengorbankan 202 nyawa yang kebanyakannya pelancong asing. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!