LKAN: Kementerian Sumber Manusia lapor SPRM

Iklan
Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024.

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) mengarahkan Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dan Ketua Eksekutif Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp), Datuk Wira Shahul Dawood untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ia susulan kegagalan syarikat kerajaan itu dalam audit yang diterbitkan menerusi Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2004 pada Khamis.

Iklan
Iklan

Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, pihaknya tidak mempunyai halangan sekiranya mana-mana agensi berkaitan ingin melakukan siasatan lanjut.

Ujar beliau, kementerian mengambil serius laporan Jabatan Audit Negara (JAN) terhadap HRD Corp dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Iklan

"Proses pengauditan tersebut bermula tahun 2019 sehingga 2023.

"Saya telah dimaklumkan tentang proses pengauditan oleh kedua-dua badan ini ketika saya mengambil alih portfolio kementerian pada pertengahan Disember 2023, lantas mengarahkan Kesum dan HRD CORP untuk memberikan kerjasama penuh kepada JAN dan PAC," ujar Steven.

Iklan

Menurutnya, dalam masa enam bulan ini, Kesuma telah memulakan proses rekayasa merentasi seluruh kementerian dan agensi untuk memastikan tatakelola yang baik.

"Matlamat saya adalah untuk memastikan Kesuma mencapai tahap tatakelola dan tadbir urus korporat yang tertinggi dan memastikan isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan JAN serta PAC tidak akan berulang," katanya.

Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi menerusi LKAN Siri 2/2024 mensyorkan Kesuma merujuk pengurusan HRD Corp kepada agensi penguatkuasaan atas ketidakteraturan yang telah dikenal pasti.

Laporan itu mendedahkan sejumlah RM4.81 juta baki geran pada tahun 2020 yang tidak digunakan dan belum dikembalikan kepada kerajaan, selain sebanyak 62 permohonan levi berjumlah RM1.68 juta diluluskan selepas tarikh latihan serta baki levi tertunggak berjumlah RM205.42 juta setakat 31 Disember lalu.

Proses pembayaran deposit bagi pembelian hartanah Menara Ikhlas berjumlah RM120 juta dikesan tidak teratur kerana tidak selaras dengan klausa perjanjian walaupun deposit dikembalikan dan tujuh daripada sembilan elemen tadbir urus korporat tidak diamalkan sepenuhnya.

Turut didapati, seramai 3,726 peserta Skim Gerak Insan Gemilang mengikuti latihan lebih daripada sekali di bawah skim sama dengan membabitkan bayaran berjumlah RM51.69 juta.

Sebanyak 234 permohonan peserta Skim Gerak Insan Gemilang juga meragukan kerana mempunyai nama dan nombor kad pengenalan sama, selain 29 transaksi pelaburan mencatatkan kerugian tidak nyata berjumlah RM49.38 juta.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!