Pilihan raya UK: Parti Buruh diunjur menang besar

Iklan
Petugas pilihan raya mengira kertas undi di sebuah pusat pengundian di Northallerton, Britain pada Khamis. Foto Reuters

LONDON - Pengundian bagi pilihan raya umum United Kingdom (UK) telah berakhir dengan parti buruh Britain diunjurkan menang besar dalam pesta demokrasi negara itu.

Ia sekali gus menepati ramalan berikutan senario politik di UK akan berubah seiring dengan kemenangan Parti Buruh.

Iklan
Iklan

Jumlah yang keluar mengundi bukan petunjuk sebenar kemenangan dan tumpuan seluruh dunia ketika ini ialah pengesahan keputusan rasmi.

Ia akan menjadi tempoh panjang untuk pengiraan undi dan sudah pasti akan ada banyak jalan cerita untuk diikuti sepanjang perjalanan.

Iklan

UK mengamalkan sistem pemerintahan berparlimen dengan 650 Ahli Parlimen setiap satu daripadanya mewakili kawasan pilihan raya individu.

Tinjauan pendapat ketika ini mengunjurkan Parti Buruh meraih 410 kerusi diikuti Konservatif 131, Liberal Demokrat (61) dan Reform UK (13).

Iklan

Keputusan ini sekali gus menjadikan Parti Buruh meraih majoriti besar 170 kerusi.

Berbeza dengan keputusan pilihan raya umum UK pada 2019, Parti Buruh ketika itu kalah tipis dengan memenangi 344 kerusi berbanding Konservatif yang berjaya meraih 365 kerusi.

Jika unjuran berdasarkan tinjauan ini tepat, parti kiri tengah yang diketuai Keir Starmer akan kembali berkuasa dengan majoriti besar selepas 14 tahun kerajaan berhaluan kanan di bawah konservatif memimpin UK. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!