Polis siasat perbuatan khianat pecah cermin kereta di kawasan LRT

Iklan
Tangkap layar sebuah video tular menunjukkan cermin beberapa buah kenderaan dipecahkan oleh individu tidak dikenali di kawasan LRT Awan Besar, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan siasatan terperinci berhubung kejadian cermin kereta dipecahkan di kawasan Transit Aliran Ringan (LRT) Awan Besar, Bukit Jalil, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh berkata, berhubung kejadian tersebut, pihaknya telah menerima enam laporan polis daripada orang ramai.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, hasil semakan mendapati kesemua enam buah kereta yang telah diparkir oleh pemilik kenderaan pada Isnin, bermula jam lebih kurang 3 petang di lokasi tersebut.

"Pada Selasa, bermula jam lebih kurang 9.20 pagi, pihak polis telah menerima enam laporan berhubung kes cermin kereta dipecahkan di tepi jalan kawasan LRT Awan Besar.

Iklan

"Seterusnya, beberapa bahagian cermin kereta telah dipecahkan oleh suspek yang masih bebas, sebelum disedari oleh pemilik kenderaan pada keesokan hari," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kata beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dilakukan oleh pihak polis berhubung kejadian tersebut.

Iklan

Tegasnya, pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana orang yang gagal mematuhi undang-undang negara.

Tambahnya, tindakan tegas akan diambil agar masyarakat sentiasa berada dalam keadaan aman dan tenteram.

"Sekiranya orang ramai mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051.

"Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau tampil di mana-mana balai polis berdekatan," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!