Beruang matahari mati dirempuh dua kenderaan di LPT2

Iklan
Keadaan beruang matahari yang mati selepas dirempuh dua kenderaan dalam kejadian di Kilometer 299, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kijal menghala ke Kuantan malam Khamis.

KEMAMAN - Seekor beruang matahari jantan seberat kira-kira 90 kilogram (kg) mati selepas dirempuh dua kenderaan di Kilometer 299, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) menghala ke Kuantan pada malam Khamis.

Kejadian kira-kira jam 8.10 malam dekat kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Kijal itu dipercayai berlaku apabila dua kenderaan jenis Honda Civic dan Toyota Alphard tidak sempat mengelak ketika haiwan itu melintas jalan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, sebaik tiba di lokasi terbabit, haiwan itu tiba-tiba melintas sebelum dilanggar sebuah kenderaan.

Menurutnya, selepas dilanggar, beruang itu dikatakan bangkit dan cuba melintas sekali lagi sebelum sebuah lagi kenderaan yang berada di lorong kanan gagal mengelak lalu merempuh haiwan berkenaan menyebabkan ia cedera pada bahagian kepala dan badan.

Iklan

Katanya, kedua-dua kenderaan yang merempuh beruang terbabit mengalami kerosakan, namun pemandu tidak mengalami kecederaan.

"Beruang itu dipercayai ingin melintas untuk masuk ke hutan berhampiran sebelum dirempuh kenderaan dan mati di lokasi tersebut.

Iklan

"Bangkai beruang itu telah diambil pihak anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!