Parti Buruh UK menang majoriti Parlimen lebih 326 kerusi

Iklan
Ketua Parti Buruh, Keir Starmer. Foto AP

LONDON - Parti Buruh United Kingdom telah memenangi pilihan raya parlimen selepas mencapai 326 kerusi yang diperlukan untuk majoriti di Dewan Rakyat, lapor Agensi Anadolu.

Parti itu memenangi 363 kerusi setelah 527 daripada 650 kawasan telah mengumumkan keputusan.

Iklan
Iklan

Bercakap selepas kemenangan pada pagi Jumaat, ketua Parti Buruh, Keir Starmer berkata"perubahan bermula sekarang."

"Kita berjaya!”

Iklan

"Anda berkempen untuknya, anda berjuang untuknya, anda mengundi untuknya dan kini ia telah tiba.

"Perubahan bermula sekarang,” kata Starmer kepada ahli partinya.

Iklan

Hasil tinjauan sebelum ini mengunjurkan Parti Buruh memenangi 410 kerusi, Konservatif (131), Liberal Demokrat (61) dan Reform UK (13).

Starmer akan menggantikan Rishi Sunak sebagai perdana menteri baharu berdasarkan keputusan ini.

Sunak dijangka menyampaikan ucapan perpisahan di Downing Street pada pagi ini sebelum menghadap Raja Charles III secara rasmi untuk menyerahkan peletakan jawatannya sebagai perdana menteri.

Jutaan pengundi di seluruh UK telah melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memilih 650 Ahli Parlimen (MP) ke Dewan Rakyat.

Parti Konservatif berhaluan kanan telah memerintah negara itu sejak 2010 selepas memenangi pilihan raya umum pada 2015, 2017 dan 2019. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!