SKMM, PDRM rakam keterangan Hishamuddin Rais

Iklan
Hishammuddin Md Rais

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan aktivis sosial, Hishamuddin Md Rais tidak ditahan sebaliknya hanya memberi keterangan bagi membantu siasatan terhadap satu kes yang sedang dijalankan.

Menerusi satu kenyataan SKMM berkata, rakaman itu dibuat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields jam 3.15 petang pada Khamis.

Iklan
Iklan

"SKMM ingin menjelaskan bahawa Hishammuddin Md Rais bukan subjek siasatan, sebaliknya tindakan tersebut diambil bertujuan untuk merakam kenyataan beliau berhubung satu kandungan bersifat jelik yang dikongsi semula melalui laman blog ‘TukarTiub’ miliknya.

"Tiada sebarang penahanan atau sitaan peranti dibuat dan siasatan selesai pada jam 6.45 petang,” katanya pada Khamis.

Iklan

Sebelum ini SKMM melaporkan, pihaknya telah menyerahkan Notis Kehadiran kepada Hishamuddin mengikut prosedur yang ditetapkan.

Dalam pada itu SKMM turut menegaskan bahawa sebarang tindakan siasatan terhadap mana-mana individu dijalankan berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!