Pelajar Bangladesh dalang 'jual' pasport palsu

Iklan
JIM membongkar bilik hotel di Kuala Lumpur, pada Khamis, yang dijadikan markas suspek untuk lakukan kerja pemalsuan dokumen.

KUALA LUMPUR - Sindiket pemalsuan dokumen yang didalangi lelaki warga Bangladesh dengan berselindung di sebalik pas pelajar ditumpaskan dalam serbuan di Chow Kit, di sini pada Khamis.

Serbuan pada jam 8.30 pagi itu dijalankan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya hasil risikan selama dua minggu.

Ruslin

Iklan
Iklan

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, suspek berusia 24 tahun ditahan di hadapan sebuah hotel sebelum dipandu arah ke satu bilik hotel terbabit yang dijadikan sebagai markas aktivitinya.

Suspek bergerak secara individu dengan menawarkan perkhidmatan menyediakan pasport palsu kepada warga asing.

Katanya, semakan mendapati suspek memiliki pas pelajar yang masih sah laku bagi mengaburi pihak berkuasa untuk menjalankan aktiviti pemalsuan dokumen.

Iklan

"Kita turut merampas puluhan keping kulit pasport Bangladesh, India, Indonesia, Filipina, Nepal selain dokumen e-visa elektronik dan borang pemeriksaan Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) disyaki palsu, kertas yang bercetak muka surat pasport Bangladesh dan pelbagai peralatan untuk membuat dokumen palsu," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Suspek lelaki warga Bangladesh ditahan di hadapan sebuah hotel di Chow Kit, Kuala Lumpur pada Khamis.

Beliau berkata, suspek bergerak secara individu dengan menawarkan perkhidmatan menyediakan pasport palsu kepada warga asing dari Bangladesh, Nepal, India dan Indonesia yang tidak memiliki dokumen perjalanan.

Iklan

Katanya, sindiket yang dipercayai aktif sejak tiga bulan lalu ini menggunakan pasport tersebut untuk mendapatkan dokumen Fomema.

Bayaran yang dikenakan sebanyak RM100 hingga RM150 untuk setiap pasport.

"Bayaran yang dikenakan sebanyak RM100 hingga RM150 untuk setiap pasport dan dipercayai menghasilkan sebanyak 50 hingga 100 naskhah pasport sehari," ujarnya.

Tegasnya, suspek ditahan di Depot Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

"Seorang lelaki tempatan juga diberikan notis hadir ke pejabat bagi membantu siasatan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!