Hikmah, pengajaran hijrah Nabi

Iklan
PENTINGNYA perancangan yang rapi dan strategi yang bijaksana dalam hijrah memberikan pengajaran buat umat Islam agar melakukan perkara sama dalam kehidupan. Foto CANVA

Perjalanan itu menandakan bermulanya penyebaran syariat lebih meluas, pembangunan negara Islam

PERISTIWA hijrah Rasulullah SAW akan terus diulang-ulang apabila masuknya Awal Muharam dan tahun baharu Islam itu.

Ia menunjukkan betapa agung dan pentingnya sirah tersebut kepada umat Islam di seluruh dunia mengetahui sebahagian daripada kisah junjungan mulia Nabi Muhammad itu.

Iklan
Iklan

Mengulang kaji kembali peristiwa hijratur rasul itu, Sinar Islam Plus menemu bual Pensyarah Jabatan Pengajian Al-Quran dan Hadis, Fakulti Pengajian Islam Kontemporari, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Ustaz Wan Ahmad Ikmal Wan Mohamed@Adnan bagi mengupas sirah itu lebih lanjut.

USTAZ WAN AHMAD IKMAL

Iklan

Menurutnya, peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari kota Makkah ke kota Madinah merupakan peristiwa penting dalam sejarah Islam dan ia menandakan permulaan tahun Hijrah dalam kalendar Islam.

"Pada ketika itu, Baginda SAW bersama sahabatnya yang agung iaitu Abu Bakar RA menuju ke Gua Thaur dan menuju ke Yathrib (Madinah) pada 1 Rabiulawal dengan bantuan seorang penunjuk jalan iaitu Abdullah bin Uraiqith Al-Laythi.

Iklan

"Baginda SAW dan Abu Bakar RA tiba di perkampungan Quba’ pada 8 Rabiulawal dan meneruskan perjalanan sebelum tiba di Madinah pada 12 Rabiulawal,” ceritanya.

Mengulas lanjut mengapa Rasulullah SAW perlu bersusah payah berhijrah ke Madinah, Ustaz Wan Ahmad Ikmal menjelaskan, ia merupakan perintah ALLAH SWT selepas Baginda dan para sahabat menghadapi penindasan yang teruk di Makkah oleh kaum Quraisy yang menolak ajaran Islam.

"Keadaan ini menyebabkan umat Islam tidak dapat menjalankan ibadah mereka dengan aman dan terpaksa bersembunyi untuk mengamalkan ajaran agama.

Katanya, hijrah Rasulullah SAW dan kaum Muslimin bukan sahaja merupakan sebuah perpindahan secara fizikal tetapi juga satu perubahan besar dalam perjalanan dakwah Islam yang membawa kepada tertubuhnya negara Islam yang pertama di Madinah.

MELALUI hijrah, ia memberikan peluang kepada kaum Muslimin untuk menjalankan ibadah dengan aman dan bebas daripada ancaman. Foto CANVA

Hikmah, tujuan penting dalam perkembangan Islam

Antara hikmah dan tujuan penting perintah hijrah:

1 – Menyelamatkan umat Islam dari penindasan.

Ini kerana di Makkah mereka menghadapi penindasan dan penganiayaan yang sangat berat oleh kaum Quraisy.

Melalui hijrah, ia memberikan peluang kepada kaum Muslimin untuk menjalankan ibadah dengan aman dan bebas daripada ancaman.

2 – Proses awal dalam membina masyarakat Islam yang kuat.

Hijrah membolehkan Rasulullah SAW membina sebuah masyarakat Islam yang kuat dan berlandaskan syariat Islam di Madinah.

3 – Membuka peluang kepada Rasulullah SAW dan kaum Muslimin menyebarkan dakwah Islam ke wilayah yang lebih luas selain Makkah.

Madinah menjadi pusat penyebaran Islam dan seterusnya membawa kepada penaklukan Makkah seperti diceritakan ALLAH SWT dalam surah an-Nasr.

4 – Ujian besar bagi keimanan dan keteguhan hati golongan Muhajirin.

Para sahabat yang berhijrah sanggup meninggalkan harta benda, keluarga dan kampung halaman demi agama untuk mendapatkan rahmat ALLAH SWT seperti dirakamkan dalam ayat ke-218 surah al-Baqarah.

5 – Menegakkan keadilan dan menjalankan syariat Islam di atas muka bumi.

Hijrah memberikan ruang kepada Rasulullah SAW untuk menegakkan keadilan dan menjalankan syariat Islam sepenuhnya yang sebelum ini terhalang oleh penindasan kaum Quraisy di Makkah.

ANTARA pengajaran penting dalam hijrah Nabi Muhammad SAW adalah mengenai persaudaraan yang erat seperti ditunjukkan golongan Ansar dan Muhajirin. Foto CANVA

Pengajaran peristiwa hijrah

Antara pengajaran yang dapat diambil daripada peristiwa hijrah:

1 – Pentingnya keimanan dan kebergantungan kepada ALLAH SWT dalam setiap keadaan terutamanya ketika menghadapi cabaran dan kesulitan.

2 - Hijrah juga mengajarkan kepada kita hakikat sebenar kepentingan ukhuwah Islamiah. Peristiwa hijrah menunjukkan betapa pentingnya persaudaraan dalam Islam.

3 - Mengajar erti ketabahan dan keberanian dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan seperti ditunjukkan Rasulullah SAW dan para sahabat sepanjang perjalanan hijrah.

5 - Pentingnya menjaga hubungan silaturahim. Hijrah menunjukkan betapa pentingnya menjaga dan memperkukuh hubungan silaturahim antara sesama Muslim. Golongan Ansar dan Muhajirin saling membantu dan hidup dalam suasana persaudaraan yang kuat.