Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion pada 28 Jun 2024

Iklan
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$113.8 bilion pada 28 Jun 2024 berbanding AS$114.1 bilion pada 14 Jun 2024.

RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.8 bilion (RM535.8 bilion) pada 28 Jun 2024, berbanding AS$114.1 bilion (RM537.3 bilion) pada 14 Jun 2024.

Paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek, kata bank pusat dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Komponen utama rizab tersebut adalah rizab mata wang asing, yang berjumlah AS$101.6 bilion (RM478.4 bilion) diikuti oleh rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion) (RM6.1 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.7 bilion) (RM26.8 bilion), emas (AS$2.9 bilion) (RM13.6 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.3 bilion) (RM10.8 bilion).

Jumlah aset berjumlah RM639.88 bilion, yang terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta rizab lain termasuk SDR (RM537.28 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.91 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.41 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM24.96 bilion), tanah dan bangunan (RM4.13 bilion) dan aset-aset lain (RM58.20 bilion).

Iklan

BNM berkata, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100.0 juta), rizab (RM199.64 bilion), mata wang dalam edaran (RM166.44 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM153.14 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM5.86 bilion) dan deposit lain (RM62.87 bilion), kertas Bank Negara (RM18.65 bilion), peruntukan SDR (RM29.96 bilion), dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.22 bilion). - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan