Al-Azhar Al-Sharif taja program latihan 25 imam Malaysia di Mesir

Iklan
Sheikh Al-Azhar (dua dari kanan) diiringi oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan (tengah) pada upacara pelepasan pulang selepas menamatkan lawatan khas empat hari ke Malaysia atas undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - Universiti Al-Azhar Al-Sharif akan menawarkan program latihan dengan tajaan penuh kepada 25 orang imam terpilih dari Malaysia bermula tahun ini.

Sheikh Al-Azhar Al-Imam Al-Akbar, Profesor Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb berkata, program latihan itu akan diadakan sama ada secara dalam talian atau secara bersemuka di Kaherah, Mesir.

Iklan
Iklan

Pengumuman itu dibuat ketika sesi kunjungan hormat Sheikh Al-Azhar bersama ahli lembaga pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini pada Khamis.

Beliau menjelaskan, perbezaan mazhab dan aliran pemikiran dalam Islam tidak seharusnya menjadi punca persengketaan antara Muslimin, apatah lagi perseteruan bersenjata.

Iklan

"Saya gusar adanya tangan ghaib yang cuba melaga-lagakan sesama umat Islam. Malah eksploitasi musuh menyebabkan imej Islam terpalit dengan unsur keganasan.

"Daesh misalnya menyalahgunakan takbir ketika menyembelih tawanan bukan Islam. Ini menimbulkan salah faham terhadap Islam dan umatnya. Sedangkan ini bertentangan dengan ajaran Islam yang melarang keras kita berperang kecuali apabila diserang musuh yang menceroboh negara kita sahaja,” katanya.

Iklan

Beliau turut menasihatkan umat Islam agar menjaga hubungan baik dengan masyarakat bukan Islam di negara ini dan mengekalkan hubungan muhibah yang sedia terjalin selama ini. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!