PUTRAJAYA - Datuk Seri Mohd Hishamudin Md Yunus dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa Rabu lepas.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaras dengan subseksyen 5(2) Akta Suhakam 1999 (Akta 597).