Rumah urut tawar khidmat seks kena serbu

Iklan
Penguat kuasa DBKL merobohkan binaan struktur tambahan di premis urus yang dikesan menawarkan khidmat pelacuran

KUALA LUMPUR - Lima pusat pelacuran yang berlindung di sebalik rumah urut diserbu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam operasi yang dijalankan di Parlimen Seputeh pada Khamis.

DBKL memaklumkan, aktiviti tidak bermoral itu dikesan hasil siasatan dan risikan yang dijalankan selama lima hari.

Iklan
Iklan

Menurutnya, semakan mendapati kesemua premis terbabit menjalankan perniagaan pusat urut tanpa menggunakan lesen perniagaan yang sah.

"Hasil daripada operasi yang dijalankan, sebanyak lima notis kompaun di bawah Seksyen 79(1), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 bagi kesalahan mendirikan struktur dalaman tambahan tanpa kebenaran dikeluarkan.

Iklan

"Lima lagi notis kompaun dikeluarkan di bawah UUK 3(1) Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 bagi kesalahan menjalankan aktiviti perniagaan pusat urut tanpa lesen yang sah telah dikeluarkan," katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Jumaat.

Premis yang dikenakan tindakan.

Menerusi kenyataan sama, DBKL turut merobohkan 82 struktur dalaman yang dibina dalam premis terbabit.

Iklan

"Premis tersebut telah dikenakan tindakan tutup serta merta di bawah Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 serta barangan yang melibatkan perniagaan turut disita.

"Kesemua barangan yang disita telah dihantar dan disimpan di setor Jalan Lombong, Cheras," katanya.

DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari masa ke masa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti manakala orang awam yang mempunyai sebarang aduan boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di http://adukl.dbkl.gov.my/eApps/system/index.do

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!