PRK Sungai Bakap: Warkah Cikgu Joohari buat pengundi

Iklan
Joohari ketika diiringi isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail walkabout di sekitar kawasan DUN Sungai Bakap.

SUNGAI BAKAP - Calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin menyampaikan warkah buat pengundi supaya memilihnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada Sabtu.

Joohari yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Joohari itu dilihat menyediakan warkah tersebut dan memuat naik di laman sosial Facebook miliknya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, PRK kali ini adalah peluang kedua buat Sungai Bakap membina semula perjalanan yang indah.

"Saya merayu supaya saudara dan saudari menggunakan peluang ini untuk memastikan segala harapan kita menjadi kenyataan.

Iklan

"Sesungguhnya saya amat memahami keadaan dan keperluan rakyat Sungai Bakap, saya dengan rasa penuh iltizam akan bekerja keras demi penduduk Sungai Bakap sekiranya diberikan amanah," katanya melalui tulisan tersebut.

Joohari dengan rasa rendah diri memohon sokongan dan undi daripada 39,279 pengundi demi menjayakan visi dan misi membina Sungai Bakap yang makmur dengan perpaduan, ketahanan serta harapan.

Iklan

"Undi saya Cikgu Joohari calon nombor satu N20 DUN Sungai Bakap," tulisnya mengakhiri warkah tersebut.

Dalam pertembungan satu lawan satu, Joohari bakal berentap dengan lawannya, Abidin Ismail dari Pas yang merupakan bekas Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap terdahulu, Nor Zamri Latiff.

PRK Sungai Bakap ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya pada 6 Julai berikutan kematian Nor Zamri pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!