Penunggang motosikal maut dirempuh kereta berpusing

Iklan
Seorang penunggang motosikal maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Ayer Tawar pada Jumaat. Foto ihsan pembaca

BERUAS - Seorang penunggang motosikal maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kawasan lampu isyarat Batu 16 dekat Ayer Tawar di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, maklumat awal kemalangan diterima sekitar jam 7.45 pagi melibatkan sebuah motosikal serta kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Aruz dan kereta jenis Proton Iriz.

Iklan
Iklan

"Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila wanita berusia 55 tahun yang memandu MPV berkenaan dari arah Changkat Cermin sedang membelok ke arah kanan menuju Changkat Keruing.

"Pada masa sama, kereta dipandu lelaki berusia 58 tahun dari arah Ayer Tawar telah bertembung dengan MPV tersebut menyebabkan kenderaannya berpusing lalu terkena motosikal mangsa," katanya dalam kenyataan di sini.

Iklan

Menurut beliau, akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal tersebut disahkan maut di lokasi kejadian.

"Kedua-dua pemandu yang mengalami kecederaan telah dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut.

Iklan

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Asyraf Henry Philip di talian 016-5572540 bagi membantu siasatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!