PRK Nenggiri: UMNO muktamad calon minggu depan

Iklan
Ahmad Zahid

JELI - UMNO akan memuktamadkan calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri minggu depan.

Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sudah menerima senarai pendek individu yang boleh diangkat sebagai calon oleh UMNO Bahagian Gua Musang

Iklan
Iklan

"Saya menghargai surat yang telah diutuskan oleh Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

"Senarai ini saya akan bawa ke peringkat biro politik untuk dibentangkan dan kemudian diputuskan.

Iklan

"Insya-ALLAH minggu depan kita akan muktamadkan," katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jeli di sini pada Jumaat.

Sebahagian daripada perwakilan yang hadir pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jeli di Bukit Nangka, Jeli pada Jumaat.

Menurut beliau, calon UMNO yang bertanding di Nenggiri mesti mempunyai kriteria 'wali'.

Iklan

Ujarnya, ia merujuk kepada winnability (boleh menang), acceptibility (kebolehterimaan) dan likeability (disenangi).

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, beliau yakin UMNO melalui Barisan Nasional (BN) mampu merampas semula kerusi tersebut pada PRK nanti.

Tambah beliau, sebelum ini BN hanya tewas dengan majoriti 810 undi sahaja.

"Bagaimanapun kita tidak akan mengambil mudah dan terus mendekati kumpulan-kumpulan yang tidak keluar mengundi pada pilihan raya lalu.

"Ini (Nenggiri) merupakan kerusi kita, jadi kita (UMNO) akan berusaha keras untuk menang," katanya.

*Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap di sini!.