Jangan emosional, kerjasama BN-PH elak pertindihan kerusi - Ahmad Zahid

Iklan
Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melambaikan tangan kepada ahli UMNO ketika hadir bagi merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Jeli di Dewan UMNO Bahagian Jeli pada Jumaat. Foto Bernama

JELI - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta parti komponen gabungan itu supaya tidak sensitif berhubung kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, tindakan itu bagi mengelakkan berlaku pertindihan kerusi pada Pilihan Umum Ke-16 (PRU-16) nanti.

Iklan
Iklan

"Parti komponen BN tidak seharusnya sensitif dengan kenyataan itu kerana ketika ini kedua-dua gabungan membentuk kerjasama.

"Dari segi lojiknya, kerjasama ini bukan melibatkan penggunaan lambang. Kita akan terus guna lambang BN begitu sebaliknya dengan PH yang menggunakan logo mereka.

Iklan

"Melalui kerjasama ini kita tidak mahu mereka (PH) bertanding di kerusi yang ditandingi oleh BN. Perundingan agihan kerusi ini masih lama, tiga tahun lagi. Belum sampai ketikanya lagi," katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jeli di sini pada Jumaat

Menurut beliau, bagaimanapun perkara itu belum dibawa secara rasmi ke Dewan Tertinggi BN.

Iklan

Ujarnya, beliau menyatakan perkara itu semasa proses kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap, Pulau Pinang dan ia perlu dilihat dari sudut kerjasama.

Terdahulu, MCA dan MIC mempersoalkan kenyataan Ahmad Zahid yang akan terus bekerjasama dengan PH bagi berdepan PRU16.

Setiausaha Agung MCA dan MIC menegaskan parti komponen BN tidak dirujuk berhubung perkara itu dan menyifatkan kenyataan itu agak mengejutkan.