Budak perempuan cedera tangan tersepit eskalator

Iklan
Kanak-kanak cedera tangan kanan selepas tersepit pada tangga eskalator di sebuah pasar raya di Likas, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Seorang kanak-kanak cedera tangan kanan selepas tersepit pada tangga eskalator yang bergerak dalam kejadian di sebuah pasar raya di Likas, di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 malam itu, kanak-kanak perempuan berusia enam tahun terpaksa dikejar ke Hospital Queen Elizabeth II (HQEII) untuk rawatan lanjut.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, seramai 10 anggota dikejar ke lokasi sebaik pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu.

Katanya, lokasi kejadian terletak sejauh dua kilometer dari BBP Lintas.

Iklan

"Sebaik tiba, anggota segera menjalankan kerja-kerja mengeluarkan tangan kanak-kanak yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Katanya lagi, mangsa yang tersepit kira-kira 10 minit itu kemudian diberikan rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bomba.

Iklan

"Kanak-kanak tersebut kemudian di bawa ke HQEII dengan menggunakan jentera EMRS bomba.

"Operasi itu ditamatkan pada jam 8.10 malam," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!